Monday, February 7, 2011

BERANI BERIMPIAN

Tanpa Impian Hidup Tidak Bermakna. Umpama kapal yang tidak mempunyai nakhodanya bagi menunjuk arah yang hendak dituju. Berlayar tanpa halatuju, dan lambat laun akan karam di tengah lautan...

Begitu juga dengan hidup kita, tanpa kita berimpian, sudah tentu hidup kita akan begitu sahaja, tanpa perkembangan dan kepuasan diri sendiri. Terdapat sesetengah orang tidak berani berimpian. Mereka tidak terfikir dan menghabiskan masa dengan begitu sahaja. Ingin benda yang mudah dan menyenangkan. Tapi ini adalah satu kerugian yang besar. Mengapa?

sesuatu perkara tidak datang bergolek tetapi diusahakan bersungguh-sungguh..

Berimpian seumpama memasang niat.. niat perlu ada sebelum melakukan sesuatu.. bermula dengan impian.. mulalah langkah dan cara untuk mendapatkannya..

contohnya... anda impikan:



Impian dapat membuat kita, mendorong kita, menolak kita untuk merealisasinya.Tetapi kebanyakan kita hanya berimpian tetapi tidak bertindak untuk mencapainya. Hanya seperti menunggu bulan jatuh ke riba dan mengharap-harap. Bilakah impian menjadi kenyataan... Mana mungkin, impian tercapai, tanpa rancangan disusuli dengan tindakan yang berterusan dan akhirnya berserah kepada yang Maha Esa.

Niat di hati bukan nak berceramah, tapi untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan2 di luar sana agar sama-sama kita mengejar impian yang diharapkan dengan cara yang betul agar impian tidak sahaja menjadi mimpi kita di siang hari.

Mulakanlah impian anda.. jadilah anda seorang yang berani melakarkan impian.. moga impian anda menjadi realiti..

Dari hati ke hati untuk kehidupan yang lebih baik.


1 comment:

Anonymous said...

menggapai impian setinggi gunung